Webinar Berkala Sains Edisi 4: Topik Kertas 2 Bahagian A
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 June 2026, telah berlangsungnya NADI TUISYEN RAKYAT: Webinar Berkala Sains Edisi 4: Topik Kertas 2 Bahagian A. Webinar ini berlangsung di NADI Pokok Jawi, bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar diberi latihan untuk soalan. Antara soalannya adalah susunan radas untuk mengkaji dua jenis tulang, masa bagi cebisan kertas sampai ke punutup getah dan soalan eksperimen pengoksidaan yang dilakukan terhadap epal yang dihiris direndamkan ke dalam dua larutan yang berbeza selama seminit dan dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit. Akhir sekali, pelajar menjawap latihan bagi soalan untuk mengkaji proses elektrolisis bagi sebatian ion dalam satu keadaan.
Secara keseluruhannya, pelajar menunjukkan penglibatan yang baik dan tahap kefahaman yang memuaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: